banyak cerita..

tak mudah menjadi manusia yang bernama MOHAMAD SHAFIQ BIN KAMARUDDIN.. setiap perincian hidup menjadi ukuran.. setiap pembelotan yang dilont...

tak mudah menjadi manusia yang bernama MOHAMAD SHAFIQ BIN KAMARUDDIN..

setiap perincian hidup menjadi ukuran..
setiap pembelotan yang dilontarkan harus menjadi transaksi diri..
transformasi harus dilakukan, bukan hanya untuk diri sendiri tapi juga untuk insan-insan yang tersayang..
bukan soal nak puaskan hati semua orang tapi, belum sempat dipuaskan, tujahan makin hebat menujah,
rasa bagai ditusuk lembing yang di asap limau setiap malam jumaat
bisanya kekadang sampai keulu hati
nanahnya kekadang merebak menjadi hasad dengki..
nauzubillah..

tabah dan cekal bukan sahaja perlu menjadi slogan dan cogan hidup.
tapi perlu dipraktikkan sehabis baik.
menjadi yang terhebat antara yang hebat, memang senang
jika bercakap hanya menggunakan air liur..
impian yang menggunung bakal rebah jika iman senipis kulit bawang..

kekadang kepayahan itu sukar untuk dingertikan oleh orang lain..
apa yang dipandang mereka hanya lah luaran yang sejahtera..
hakikatnya, diri semakin lemah mahu menongkat sendi-sendi langit..
takkan mahu ditunjukkan kesusahan?
nanti dikata menagih simpati..
tapi bila meminta pertolongan dikata menyusahkan..

masing-masing tahu keupayaan diri sendiri..
aku berdiri atas kedua kakiku selagi aku berdaya..
bukan mahu berlagak sombong..
atau mahu menunjuk hebat..
tapi itu yang aku pegang selagi pertolongan itu tidak aku butuhkan..

ragam manusia....
a kata kita, b kata dia..
c cara kita, d mahu kita ikut dia..

You Might Also Like

0 Komen