hangat sebuah kejayaan

bertemu tanpa wajah, berbicara tanpa suara.. seakan-akan seluruh antero dunia melihat setiap titisan airmata yang tumpah pada hari itu, ...


bertemu tanpa wajah, berbicara tanpa suara.. seakan-akan seluruh antero dunia melihat setiap titisan airmata yang tumpah pada hari itu, namun ketidakpastian tentang makna airmata itu akhirnya terjawab juga, pertama tahniah kepada semua yang telah mengambil keputusan SPM pada hari semalam, debaran yang kalian lalui aku telah dahulu lalui.. jika aku akhirinya dengan kejayaan yang cemerlang, alhamdulilah, kepada semua yang pernah duduk sebumbung seketika dahulu, aku tumpang bangga dengan pencapaian kalian semua.. sungguh tidak aku sangka, rupanya dalam diam aku juga merasa debaran yang sama, di saat kalian bersorak di dalam dewan , hati ini tidak putus-putus mendoakan yang terbaik, melihat wajah2 ceria yang keluar dari dalam dewan , aku mampu menterjemahkan apa kah makna semua itu.. tahniah sekali lagi!

kini telah terbukti, usaha yang kuat, kecekalan yang berterusan dan usaha yang tidak pernah kenal erti lelah telah membuahkan hasil.. kepada kawan-kawan victoria, yang telah aku anggap seperti saudara kandung sendiri, dimana ada saat kita berborak mesra sehingga ke lewat malam berkongsi masalah, bertukar cerita serta mengayam cita-cita bersama syabas yang tidak terhingga!.. aku masih ingat wajah kesunguhan kalian mengulangkaji bersama membaca nota sejarah di dewan makan, membuat lakaran lukisan kejuruteraan sehinga ke lewat malam, saling membahas tentang nota ekonomi, bersama kalkulator mengira setiap perincian add math sehingga tergaru-garu kepala, menampal nota fizik di dinding bilik, juga menampal wajah kekasih disamping kata-kata semangat.. aku masih ingat semua itu..

semalam juga kita berhimpun bersama, mungkin kali terakhir, yang pasti masing-masing tidak dapat menjanjikan pertemuan yang serupa di lain kali, disini satu sahaja yang aku ingin nasihatkan, nasihat yang tidak seberapa, Allah telah berikan yang terbaik buat kalian, maka teruslah bersujud dengan tawadhuk kepada -NYA, kejayaa n ini juga mungkin adalah kejayaan yang melupakan dimana, akan ada sifat takbur dan segalanya, hindarkan ia, maka merendah dirilah yang terbaik , terus berusaha, jangan mengalah dan terlalu selesa, lupakan sedikit keseronokan di waktu remaja dan terus tumpu pada masa depan kalian.. dan terakhirnya , aku bangga dan sangat2 bangga dengan kalian!, semoga kita dipanjangkan umur berjumpa dengan kejayaan yang lebih cemerlang..

izzat daniel


ramdan


hafizz


fikri

along


angah


asytar


azri *straight a's


ammar

You Might Also Like

0 Komen