AKSB

selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,.. alhamdulilah, tirai 2010 telah selamat di labuhkan bersama-sama lipatan suka...

selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,..
alhamdulilah, tirai 2010 telah selamat di labuhkan bersama-sama lipatan suka dan duka, benar dan betul kata orang, jika yang baik itu dijadikan tauladan manakala yang tidak baik dan yang buruk itu perlu dijadikan sempadan..

walau lambat jejari menaip papan kekunci, aku masih ingin mencoretkan sesuatu sebelum 2010 melabuhkan tirai sejak 3 hari yang lalu.. antara kenangan terakhir yang sempat dicoretkan..
minggu lepas, AKSB mengadakan satu kem pengawas bagi sesi 2011.. kem itu di rancang saat-saat terakhir oleh warden kesayangan.. dan sebelum kem itu diadakan, cikgu syukri sudah memaklumkan lebih awal kepada aku, tapi maklumlah, dengan kesibukan menguruskan urusan peribadi membuatkan aku tidak boleh untuk menguruskan perjalanan keseluruhan aktiviti apatah lagi selain aku, si fatin amirah dan si malini juga sudah sibuk bekerja.. hendak dijadikan cerita, si fatin nur ain juga tidak sihat pada hari tersebut, nasib baik lah, masih ada lagi insan-insan yang baik hati yang sanggup turun padang menjenguk dan membantu. terima kasih daun keladi..

kem tersebut dijalankan selama tiga hari dua malam, nasib baik lah, pada hari ketiga, aku masih ada kesempatan untuk menjenguk, jadi aku pun datang dan menjenguk adik-adik.. niat di hati ingin menjenguk jer tapi ada yang suruh bercakap, jadi aku manfaatkan sedikit masa menyuntikkan kata-kata semangat buat semua adik-adik yang hadir pada kem tersebut.. semoga masing-masing akan menjadi kuat untuk menerajui kepimpinan asrama..








You Might Also Like

0 Komen