alhamdulilah..

sudah lama tidak mencoretkan sesuatu di dalam laman sesawang ni. sibuk?.. mungkin juga.. menjadi seorang insan yang perlu bergelumang dengan...


sudah lama tidak mencoretkan sesuatu di dalam laman sesawang ni. sibuk?.. mungkin juga.. menjadi seorang insan yang perlu bergelumang dengan buku-buku setebal tiga inci membuatkan hidup aku bertambah lelah. keluhan demi keluhan yang terhambur keluar melalui rongga nafas semakin kencang hari demi hari. tetapi wajarkah aku untuk mengeluh?.. sepatutnya tidak wajar kerana memang hakikat hidup seorang pelajar memang begini.. apatah lagi jika aku pernah gagal.. tidak mungkin kegagalan demi kegagalan akan aku tempuh lagi.. kerana aku tidak bisa melihat raut wajah tua orang tuaku berubah kecewa..

arghh! hidup ini semakin rumit.. tapi prinsip hidupku perlu aku pertahankan. masalah merupakan perkara paling akhir yang akan aku fikir.. melihat rakan-rakan yang sudah terbang jauh ke negara orang membuatkan hati aku bertambah cemburu.. cemburu melihat kejayaan orang... rasa yang bergayut di hati membuatkan aku semakin berani menongkah cabaran yang mendatang.. tapi wajarkah aku untuk tidak memikirkan masalah yang mendatang?...

walau bagaimanapun, aku percaya hidup yang penuh dengan permasalahan itu bukanlah petanda bahawa tiada ruang dalam hidup ini untuk diperbaiki.. masalah sku sangat percaya bahawa masalah itulah yang akan mengajar erti sebenar kematangan hidup disamping mengajar seseorang itu lebih dewasa.

pelbagai kerenah persahabatan yang remeh dan temeh aku biarkan ianya berlalu diiup angin.. untuk disimpan didalam hati tidak sama sekali..buang masa!.. lagipun masih banyak lagi perkara-perkara yang masih boleh diisi di dalam hati ini.. haha

result muet dah tahu.. alhamdulilah.. berbaloi dengan usaha.. termasuk dengan result mid term.. alhamdulilah juga.. semuanya berkat usaha dan pertolongan dari Allah SWT..


You Might Also Like

0 Komen