sukan tahunan

seperti sekolah2 lain, smk victoria pun tak terkecuali menyambut hari sukan yang ke 107. cuma lambat sikit berbanding sekolah lain. walaubag...

seperti sekolah2 lain, smk victoria pun tak terkecuali menyambut hari sukan yang ke 107. cuma lambat sikit berbanding sekolah lain. walaubagaimanapun, persiapan yang rapi antara 8 buah rumah sukan dijalankan 3 hari sebelum hari sukan menjelang. aku tak nak la dikatakan culas, turut membantu rumah sukan YKS membuat persiapan. terutama dalam perbarisan dengan khemah. tahun ni semua rumah sukan berebut2 nak menang perbarisan dengan khemah sebab hadiah yang ditawarkan sangat menarik iaitu RM 1000 bagi setiap peratandingan.

aku juga masuk tarik tali, semua rumah berdoa tak jumpa dengan rumah LKY sebab badan semua besar2.. tapi betapa bertuahnya YKS dapat berjumpa dengan LKY tok pusingan pertama.. jadi sedia maklum la.. tak sempat aku nak tarik tali tu, semua dah tercampak.. mangkok tol, kalu yer pon bagi la aku bernafas skit, lagi kerek anchor LKy boleh tanya, 'eyh, dah habis ker?'..

dan betapa 'bertuahnya' aku dapat jadi maskot koboi tok umah YKS.. lagi satu haru..! tak penah2 aku impikan tok pakai baju koboi yang tebal di bawah sinaran cahaya matahari tepat jam 2 ptg.. jangan kata ketiak semua basah! terima kasih banyak2 pada makcik korish dng makcik minah yang berjaya melembutkan hati aku tok jadi maskot.. huh

tapi yang bestnya, rumah YKS menang perbarisan tempat 1!! aduh, teringat umah EMERALD..
hari yang sama juga INOKREAT jual aiskrim goreng.. alhamdullilah walaupun ujan lebat tapi berjaya jual hampir 400 biji ptg tu..






You Might Also Like

0 Komen