orientasi AVI 10

oit-oit! assalamualaikum... dush, lama sudah tak mengupdate blog, tak berkesempatan la.. namun, tangan sekarang sudah gatal untuk menaip,.. ...


oit-oit!

assalamualaikum...


dush, lama sudah tak mengupdate blog, tak berkesempatan la.. namun, tangan sekarang sudah gatal untuk menaip,.. jadi cerita pertama tentu la tentang betapa jayanya kami, barisan kepimpinan asrama menjayakan minggu orientasi dengan begitu superb dan hebatnya ! *suar nak koyak dah..*


walaupun minggu seterusnya pelajar ting 5 ada intervensi pertama, tapi itu bukan masalahnya. rancangan demi rancangan diatur bagi melaksanakan misi orientasi ini. tentu sahaja motif utama adalah untuk menjadikan minggu orientasi lebih seronok, dan segala tradisi yang karut marut di mansuhkan daripada terselit dalam agenda orientasi. antara aktiviti yang diatur adalah futsal kain pelikat, night of wax, malam sayang sibuta, malam kebudayaan dengan tema anak wayang AVI, suara gagak, dan lain-lain.


pada mulanya, aktiviti berjalan agak perlahan dan kelam kabut kerana pljr ting 5 terpaksa berkejar-kejar lepas waktu sekolah. tapi agenda dari hari jumaat hingga sabtu berjalan dengan lancar dan teratur. persaingan yang sihat antara kumpulan jelas terpamer melalui setiap aktiviti yang dijalankan. pelajar bersaing untuk mendapatkan 'sticker' markah serta bertungkus lumus menyiapkan aktiviti yang dijalankan. kerjasama dan perpaduan kumpulan sangat penting dan mereka berjaya lakukannya!


untuk diri aku, bangga, puas dan gembira bergabung menjadi satu. entah mengapa walaupun tak cukup tidur kerana kepadatan aktiviti, tetapi bila sudah sampai ke penghujungnya aku puas! sepanjang minggu orientasi aku telah jadi mc untuk malam kebudayaan dengan tema anak wayang AVI, malam suara gagak juga pada majlis penutupan. Alhamdulilah, diberikan kekuatan dari Allah untuk melakukannya!.. syukur..


untuk adik-adik AVI, sekarang bukan masa untuk kita terus bermimpi disiang hari. marilah kita sama-sama bangun dan bangkit mengejar cita-cita. lunaskan impian kedua ibu bapa, guru-guru dan ciptalah anjakan paridigma. bukan untuk menjadi popular tetapi harus kita ingat, cita-cita dan usaha tidak mungkin dapat dipisahkan. ia ibarat mengayuh basikal menaiki bukit yang curam. untuk sampai ke puncak bukit, ia bergantung kepada betapa kuatnya kita mengayuh basikal itu.. akhir sekali, ampun dan maaf bagi setiap kekhilafan yang telah dilakukan..


hidup bukan suatu destinasi..
tetapi suatu perjuangan..

You Might Also Like

0 Komen