warden o00oo warden..

sudah seminggu aku tidak mengupdate blog atas sebab ketiadaan internet dan komputer di asrama. kini aku kembali memeriahkan blog aku dengan ...

sudah seminggu aku tidak mengupdate blog atas sebab ketiadaan internet dan komputer di asrama. kini aku kembali memeriahkan blog aku dengan cerita-cerita yang terjadi sepanjang minggu termasuk yang terjadi pada malam ini.. haha

atas sebab mahu berbuka dengan spageti yang amat payahlah untuk aku amik resepinya, aku pun pulang lambat ke asrama minggu lepas. nak di jadikan cerita, time tu budak-budak dah usai solat tarawikh di masjid. aku pun masuk la bilik aku dan siap-siap nak p prep( tapi agak lambat aku siap) baru jer tukar suar jeans, tetiba warden ostel menjerit dari bawah, woit!! pegi prep la.. masya Allah bikin gugur jantung dowh.. aku apalagi, terus campak jeans dalam loker, capai ntah apa baju ntah, amik beg terus lari p bilik prep. si anam lagi klaka, tengah dok makan spegeti, dgr jer warden menjerit terus sepak mangkung spageti bawah katil..

sampai bilik prep, mengah2 aku. walaupun aku tau warden tak akan amik tindakan kat pljr f6, tapi takkan nak biar kena kantoi kan.. konklusinya, mood warden minggu tu memang tak memberansangkan, asyik marah2 jer.. mana taknya, budak2 (termasuk aku), pas sahur sambung tidur, bila kejut subuh masing-masing liat terus melingkar atas katil pastu dah abis subuh sambung tido lagi sampai lewat nak p skolah. hasilnya, dah baper kali aku ngan budak2 kena kurung dalam blok sebab lambat p skola.. haha. wat malu jer.. naseb bek budak-budak sekepala.. ko pandang aku, aku pandang kau, pastu gelak sesama.. hancusss!

satu hari tu, aku dalam jamban ingat nak buang hajat la kan, teriber aku dengar warden jerit dari tingakt satu, dush!! terus tak jadi nak buang hajat.. terbantut semua.. hasilnya, warden yang mengamuk tu, baling tong sampah ke bawah.. haih.. apa la naseb tong sampah tu yer..

aku yang suker memerhati sahaja..

You Might Also Like

0 Komen