marah

OIT!!! KORANG TAK RETI NAK DIAM KER?? MEMEKAK JER KEJER KORANG!! KORANG DENGAR SINI BEBAIK!! DENGAR APA YANG AKU NAK CAKAP DAN JANGAN ADA SE...

OIT!!! KORANG TAK RETI NAK DIAM KER?? MEMEKAK JER KEJER KORANG!! KORANG DENGAR SINI BEBAIK!! DENGAR APA YANG AKU NAK CAKAP DAN JANGAN ADA SESIAPA YANG BERANI BUKAK MULUT!!.......
buat pertama kali aku gagal mengawal perasaan amarah yang begitu membuak-buak didalam dada aku ditambah pula dengan perasaan kecewa, aku tersungkur dengan bisikan syaitan yang menternak nafsu sepanjang 11 bulan yang lain..
hati mana yang tidak marah dan sakit melihat keaiban yang sengaja di buat, tersuluh didepan mata. hati mana yang tidak kecewa, nasihat dan tazkirah yang dilayangkan hanya diambil sebagai halwa telinga di waktu sengang sahaja. lansung tidak berbekas dihati lantas mengambil iktibar dan memperbaiki diri menjadi lebih baik lagi.
malam itu aku, terpaksa bertegas dengan semua penghuni blok b, aku tidak mahu lagi ,mereka terus mengekalkan apa yang mereka anggap sebagai rutin harian (yang ternyata bukan macam rutin seorang pelajar asrama) terus berlaku. aku tidak kisah jika dianggap sebagai seorang yang penyibuk, atau apa sahaja. sekalipun aku dibenci, aku tidak kisah. soalnya, dari dulupun benci manusia tidak pernah aku jadikan sebagai kudis didalam diri aku. asalkan aku tau perkara yang aku tegur dan ingin aku perbaiki adalah perkara yang betul.
bukan tidak sayang, sebagai seorang insan aku amat menyayangi semua saudaraku.. tetapi sayang bukan buah kepayang, suka, dikopek kulit terus makan. tapi sayang aku, biar macam sayang si cili padi, pedas dan panas tapi tetap enak dimakan. aku mahu disitulah mereka belajar erti berdikari disitulah mereka tahu erti mahalnya sebuah kekeluargaan. bukan kekeluargaan yang dibina atas dasar ampu dan bodek semata.
aku tidak akan sesekali berputus asa apatah lagi mengalah dengan kerenah mereka. huh, kalau berani bermain dengan api, berani jugalah menerima bahangnya.. ops! bukan setakat bahang, bersiap sedialah merasa apinya!..

You Might Also Like

1 Komen