pengamatan bangsa melayu.. part1

aku baru saja tamat kem kat skola, dalam pukul 3 tadi, then warden wat pengumuman bagi semua pelajar outing kejap sampai pukul 6.30 ptg, so ...

aku baru saja tamat kem kat skola, dalam pukul 3 tadi, then warden wat pengumuman bagi semua pelajar outing kejap sampai pukul 6.30 ptg, so cepat2 solat zohor tukar baju n lepak cc jap dalam sejam tok update blog ni ngan myspace. baiklah kali ini aku nak ceritakan pengalaman kem yang baharu sahaja tamat sebentar tadi. kem tadi sebenarnya untuk kami pelajar ostel. yang paling tua ofcourse la aku..

kem ini adalah kelolaan daripada mahasiswa dan mahasiswi UIA. kiranya mereka datang untuk jadi fasi bagi kem ini. tema kem ini adalah pengamatan bangsa melayu. mulanya aku fikir mestilah kem yang banyak ceramah dan sebagainya, kiranya mula-mula rasa bosan la juga. tapi rupanya-rupanya kem ini seronok juga. kem yang dorang handle ini sangat unik. semua pelajar dikehendaki untuk bertutur dalam bahasa melayu klasik. kami tidak memanggil fasi dengan nama mereka tetapi, dengan watak yang dipegang oleh mereka. maknanya, ada watak sultan, tun fatimah, mat kilau, dato bahaman, dato temenggung, dato bendahara, dato maharajalela, dang anum, puteri hang lipo,laksamana hang tuah dan tiga watak penjajah iaitu, j w w birch, alfonso dan juga francis light..

apa yang menyeronokkan kem ini adalah apabila dewan tempat berkumpul tidak dipanggil dewan tetapi dipanggil sebagai balairung seri. kemudian kawasan asrama adalah kawasan kerajaan victoria. apabila raja masuk kebalairung seri, semua rakyat jelata(dak2 ostel) akan bangun kemudian dato temenggung akan menjerit, daulat tuanku.! daulat tuanku! daulat tuanku!. jadi kami semua pun kena buat begitu. pakaian kami juga ala-ala orang dulu. berbaju melayu, kain pelikat yang disimpang ke badan dan tengkolok daripada kertas. so, suasana ketika itu memang macam sebuah negeri ala-ala kesultanan melayu melaka la... itu cerita suasana nya..

perkara lain yang menyeronokkan lagi adalah suasana tegang yang sentiasa berlaku dalam balairung seri. perdebatan antara pembesar melayu dan juga tiga orang penjajah itu. fasilitator melakonkan watak2 tersebut dengan penuh bergaya, cara bercakap mereka, perlakuan dan protokol dalam istana semuanya diikut.. tujuannya tak lain dan tak bukan untuk menyedarkan orang melayu tentang bangsa melayu itu sendiri..

bersambung.....

You Might Also Like

0 Komen