aku mencoret
kalaulah hukuman ini masih dilaksanakan sekarang..
12:25 AMpada zaman moden ini hukuman yang paling mengerikan ialah gantung, disuntik dengan bahan beracun atau dikenakan renjatan eletrik sampai mati. tiada hukuman yang lebih menakutkan daripada itu. tapi tahukah anda, suatu ketika dahulu pelbagai hukuman yang menakutkan dijalankan diseluruh dunia. hukuman-hukuman ini kalau kita saksikan pun pasti akan membuatkan kita pengsan dua tiga kali.. tetapi itulah yang dilaksanakan oleh pemerintah dahulu bagi membendung jenayah,pemberontakan serta pegkhianatan yang berlaku di negara masing-masing. nak tahu apakah bentuk hukuman yang diterima?.. bacalah sampai habis.
diikat untuk dihurung serangga.
hukuman ini dimulakan oleh pemerintah Parsi purba. mula-mula pesalah akan dibogelkan, kemudian tangan, kaki, kepala dan badan mereka akan diikat pada sekeping papan atau sebarang kayu. mereka kemudiaannya dibiarkan terapung dalam kolam atau dijemur dibawah terik matahari, dalam keaadan menelentang. hukuman ini jadi menakutkan kerana sebelum itu pesalah pesalah telah terlebih dahulu dipaksa meminum susu dan madu dalam kuantiti yang banyak hingga mereka cirit birit. susu dan madu juga akan disapukan diseluruh badan mereka. bau busuk najis yang bertaburan serta aroma madu dan susu ini cepat menarik perhatian serangga seperti semut,kumbang,lalat dan lebah. haiwan-haiwan ini menghurung menggigit serta menyengat tubuh pesalah,selain bertelur disitu. hukuman diteruskan dengan pesalah itu diberikan lagi susu dan madu supaya dapat hidup lebih lama dan terseksa.
disiat kulit badan
hukuman yang mengerikan ini telah dijalankan oleh pemerintah assyria(200-600SM). musuh dan para pembesar yang cuba untuk memberontak akan ditangkap lalu kulit mereka akan disiat-siatkan. hukuman ini amat menakutkan kerana dilakukan ketika pesalah-pesalah itu masih hidup lagi dan menjerit kesakitan. tubuh pesalah tadi yang dipenuhi darah akan ditingalkan begitu sahaja manakala kulit mereka akan dipaku pada dinding sebagai amaran kepada orang lain jangan cuba-cuba untuk menggugat kuasa raja-raja. hukuman ini turut dijalankan di Eropah pada zaman pertengahan sebagai seksaan kepada pemelot. di Britain pula hukuman menyiat kulit pesalah hidup-hidup dilakukan pada penceroboh gereja.pada 1303 misalnya,tiga buah pintu biara Pyx telah dipaku dengan kulit penceroboh yang telah ditangkap kerana telah ditangkap kerana memecah masuk serta mencuri barang-barang di dalamnya.
keelhauling
berasal daripada perkataan Belanda iaitu 'kielhalen keel'. caranya, apabila kelasi kapal ditangkap kerana membuat kesalahan berat, mereka akan diikat dan kemudiaannya dicampak ke laut sebelum ditarik oleh sebuah bot merentasi kawasan cetek yang banyak batu karang. hukuman ini amat mengerikan kerana ketika pesalah dibenam dan diseret, badannya akan melanggar batu-batu karang yang tajam. ini akan membuatkan mereka mengalami luka luka yang teruk selain lemas. hukuman ini juga akan dijalankan dengan cepat supaya kesannya amat menyakitkan. jika ditarik dengan perlahan dikhuatiri pesalah akan selamat.ini kerana tubuh mereka aka teraung dan dia mati bukan kerana luka tetapi hanya kerana lemas.
dibuang ke pulau.
apabila kapten atau kelasi kapal membuat kesalahan besar, mereka akan dibuang disebuah pulau kecil yang kering kontang dan tidak mempunyai apa-apa kecuali pasir. bekalan yang diberikan hanyalah sedikit makanan dan minuman serta sepucuk pistol untuk membolehkan pesalah itu membunuh diri jika mahu. lanun-lanun diperaiaran Eropah akan melaksanakan hukuman ini kepada rakan rakan mereka yang didapati bersalah.
p/s-kalaulah hukuman macm ini masih dijalankan pada peragut, matrempit, perogol,samseng jalanan,pembunuh,pembelot,pengkhianat dan berani mencabar kuasa raja-raja di Malaysia ini, aku berani jamin,.pasti aman dan sejahtera..
0 Komen