coretan..

dua minggu terakhir sebelum tamat cuti persekolahan, macam-macam perkara yang berlaku. ada yang menguji kesabaran aku, melayan kerenah adik...

dua minggu terakhir sebelum tamat cuti persekolahan, macam-macam perkara yang berlaku. ada yang menguji kesabaran aku, melayan kerenah adik-adik yang macam-macam ragam.. yang tak sudah-sudah buat orang tua pening kepala.. ops!! dah tua ker?.. bantai lah.. kalau ada daripada mereka yang baca post ni, ketahuilah bukan aku nak mengeluh terpaksa menjaga kalian.. tapi kadang-kala aku sentisa mahukan sedikit penghormatan daripada kalian.. selama ini aku tidak pernah menghampakan barang siapa yang meminta pertolongan.. tapi bila tiba masa memerlukan sedikit pengertian, tolonglah fahami..

daripada sudut hati yang paling dalam, kalian tak ubah macam adik-adik aku yang kat umah.. bezanya kita lain mak lain bapak, tapi aku tak merasakan itu satu penghalang.. kerana kita semakin dewasa, ko dengan cara ko, aku dengan cara aku.. asal kita pandai menilai mana yang baik dan mana yang buruk... semuanya akan menjadi baik.. aku amat berharap kalian akan berubah. bukan untuk aku, tapi untuk kebaikan diri kalian juga.. tapi aku tidak akan berputus asa, asal masih ada nafas yang boleh ku hirup, soal solat tetap akan aku tanya.. soal adab tetap aku titik beratkan..

kepada semua kawan-kawan, terutama farahin, aku tahu kehidupan kau semakin sukar, manakan lagi hendak menanggung kerenah kawan-kawan, soal keluarga yang butuhkan perhatian kau apatah lagi kini kau baru kehilangan atuk yang dikasihi.. asal kau tahu, kami masih disisi kau, asal kau tahu kami masih mahu berkongsi airmata dan gelak ketawa bersama kau, kau tidak akan keseorangan. itu janji aku!! berpegang teguhlah dengan keatabahan diri kau kawan!!..

kepada diri aku sendiri. ingat kau bukan manusia yang mulia.. kau hanyalah manusia yang hina menumpang kasih dibawah kasih sayang Allah.. bekalkanlah dadamu dengan amal kebajikan.. kau bukan ustaz shafiq, juga bukan orang yang baik-baik. tapi asal kau tahu, bila kau peringatkan orang dengan tazkirah kau, tujukan juga buat diri kau jadi pedoman.. berdoa agar diberi ketabahan dan kesabaran.. semoga aku tidak putus asa!!

You Might Also Like

0 Komen