bebelan..

i ni adalah pendapat peribadi aku.. berkenaan dengan banyak perkara.. perkara yang sedang sibuk aku fikirkan buat masa ini.. pertama tentang...

ini adalah pendapat peribadi aku.. berkenaan dengan banyak perkara.. perkara yang sedang sibuk aku fikirkan buat masa ini.. pertama tentang iklan yang merokok yang sangat aku suka, ditayangkan di kaca2 televisyen.. ala, iklan yang nurse india tu.. korang pernah tgok?.. credit kepada pembikin iklan tersebut.. pertama aku dapat lihat 1 malaysia dalam iklan tersebut.. kedua aku dapat tgok betapa teruknya natijah rokok.. dan ke tiga betapa syahdunya iklan tersebut hingga meresap ke dalam jiwa.. (ceh ayat taknak kalah).. jadi kesimpulannya, aku rasa natijahnya sudah jelas terhadap perokok, jadi aku rasa rakyat Malaysia yang sangat2 kronik dengan tabiat merokok daripada remaja hinggalah orang tua, baik hentikan tabiat tersebut.. kalau tidak, jangan menyesal andai satu hari nanti, anak yang dalam perut tak sempurna, jadi tempang sepanjang hayat atau mulut yang dok hembos asap rokok siang dan malam tu busuk gara2 kanser mulut.. ingat! 'dont break my heart'!!..

yang lainnya tentang iklan 1 malaysia tentang anak orang india yang ada penyakit tu.. sekali lagi kredit kepada pembikin iklan tersebut.. syabas bette!! sekali lagi, iklan itu pun amat2 la menusuk masuk sampai ke tulang sum2 aku.. mana tidaknya, iklan itu sedih gler kot. apa yang dapat aku katakan, iklan itu jelas ingin mengajak kita semua rakyat malaysia bersatu padu.. kalau lah dalam badan seorang anak daripada keturunan india mengalir darah daripada pelbagai jenis bangsa dan kaum, jadi apa lagi yang perlu dibuktikan untuk menunjukkan sifat 1 malaysia. ternyata usaha perdana menteri kita yang disayangi untuk mewujudkan masyarakat 1 malaysia adalah satu tindakan yang bijak. apatah lagi disaat ini aku lihat, masyarakat kita seolah-olah berada diambang kepupusan budaya hormat-menghormati sesama kaum.. walaupun tadi aku tgok buletin utama, yang memaparkan tentang sikap harmoni/bersatu padu antara kaum di suatu kawasan yang tak salah aku di Perak. aku yakin dan percaya, tabiat yang dilaksanakan itu hanya lah satu dalam seratus kerana hakikatnya sekarang antara melayu dan cina mahupun india semakin lama semakin berputik rasa saling mencurigai antara satu sama lain. aku tak mahu dan kita semua tahu tragedi tragik 16 mei (kalau tak salah hehe) berulang kembali.. biarlah kita semakin makmur harmoni dan sejahtera buat selamanya..

seterusnya,.. tentang kemerdekaan yang telah kita kecapi selama 52 tahun ini.. baiklah kalau orang tanya aku, adakah aku bangga menjadi rakyat malaysia? komfem aku bangga. tak der lagi negara yang seharmoni negara kita.. tapi persoalannya selama mana negara kita mampu bertahan? maaf bukan niat aku untuk mendoakan negara kita dijajah semual. tidak sama sekali apatah lagi peritnya dijajah selamat hampir 4 abad lebih. bukan apa, negara kita masih kukuh adalah kerana adanya pemimpin yang mahir dan begitu bersungguh-sungguh mempertahankan ekonomi, keharmonian dan kestabilan negara kita. aku tertanya-tanya, kalau lah pemimpin-pemimpin ini pergi buat selama-lamanya, apakah yang bakal terjadi pada malaysia yang tercinta ini? dengan sikap anak muda yang masih alpa dan masih bersikap acuh tidak acuh, mampukah mereka menjadi tonjang negara? apa tidaknya, seks bebas berleluasa, diluar tabii lain cerita yang berzina nyer lain pulak ceritanya.. masalah sosial pecah rumah, merogol, berkelakuan tak senonoh, tidak ada moral dan sebagainya.. adooii.. pening kepala aku. benda ini bukan orang muda sahaja yang buat orang tua pun sama. lagi teruk lagi, rasuah, riba terjadi dimerata-rata.. mungkinkah selselma babi itu satu daripada hukuman Allah taala??.. wallahualam..

kalau aku diberi pilihan untuk menjadi perdana menteri. aku mahu menjadinya, walaupun hanya untuk satu minggu sahaja. aku mahu merubah seluruh minda anak muda tentang betapa pentingnya negara ini kepada kita semua. aku mahu menjadi perdana menteri yang paling garang dan kalau boleh bersikap autokratik. kerana aku yakin kebanyakkan daripada rakyat malaysia ini adalah daripada teori X mengikut teori McGregor jadi lawan bagi teori x adalah gaya kepimpinan autokratik. aku mahu menjadi perdana menteri pertama yang turun meninjau keadaan bukit bintang secara senyap untuk melihat budaya anak muda zaman sekarang. aku juga mahu menjadi perdana menteri pertama yang sebat bontot penzina, dan sebat budak-budak yang ditangkap fly sekolah. tak kurang juga aku mahu menyamar di malam hari berjalan di lorong-lorong haji taib untuk melihat budaya pekerjaan tertua didunia yang menyumbang kepada dosa yang paling besar itu.. yang paling penting aku akan tidak teragak-agak untuk membuang mana-mana pemimpin yang ditangkap memakan rasuah. anggota polis yang makan rasuah juga perlu dikenakan tindakan. biar tangan aku yang buat semuanya..

ah.. tinggi sungguh angan2 aku.. tapi satu benda yang aku pasti!! aku sayang bumi malaysia!! kepada semua yang membaca blog aku, aku tahu aku pun manusia seperti kalian aku pun tidak baik mana, tapi aku masih tidak minum arak ,berzina, pecah rumah dan sebagainya. jadi aku masih dijalan yang baik sedikit.. sama2 lah kita wujudkan budaya yang menjamin kepada keharmonian negara kita.. tambahan pula esok kita akan meyambut ulangtahun kemerdekaan..

-penat membebel-

You Might Also Like

4 Komen