aku mencoret
ucapan..
3:43 PMalhamdulilah...benda yang buat aku berdebar sepanjang minggu telah pun berlalu.. kepada semua blogger nak tau apa dia?.. cerita dia macam ni..
dua minggu lagi kelab pengguna akan melancarkan minggu pengguna peringkat sekolah. setiap orang ada tanggungjawab masing-masing. walaupun kami, pelajar-pelajar melayu tidak mahu turut serta dalam aktiviti yang diaturkan oleh ajk kelab pengguna. bukan kami mahu membantah tapi daripada kami terus hipokrit, baik kami undur diri sahaja. biar mereka-mereka yang terlalu bagus itu buat semua benda. tapi kami tetap dengar apa yang cuba disampaikan. semasa pembahagian tugas, aku telah ditugaskan untuk memberi ucapan tentang hak pengguna pada waktu majis pelancaran. aku terkejut sebab ini merupakan kali pertama aku berucap sepanjang tahun ni. yaAllah, aku dah lupa kot teknik nak bercakap. tapi aku tak boleh menolak sebab mungkin ini sahaja peluang yang ada untuk aku jadi wakil bahawa, pelajar yang datang dari sekolah lain juga mampu menjadi 'seseorang' di sekolah baru...
sepanjang minggu hati aku berdebar, mana tidaknya, sudah lebih sebulan aku disekolah ini, dan daripada apa yang aku perhatikan pada setiap minggu, kala waktu perhimpunan, pelajar akan buat hal sendiri, maknanya pelajar kurang memberi perhatian pada apa yang cuba disampaikan baik daripada para guru mahupun wakil pelajar, jadi bagaimana aku nak tarik perhatian semua pelajar?.. aku cukup pantang bila aku bercakap orang buat hal sendiri.. haihh.. sepanjang minggu aku memikirkan penyelesaiannya.. hari semakin dekat..
alamak, lagi dua hari lagi aku nak kena berucap.. macam mana ni?? hari sabtu dan ahad sebelum aku nak berucap hati aku lansung tak tenang.. aku rasa kenyang jer.. makan pun aku tak lalu.. tapi yang peliknya tidur senang pula.. budak-budak ajak aku p outing pun aku tak nak.. hati memang tak tenang, aku nak kena lengkapkan teks ucapan aku lagi.. tapi disebabkan hati tak tenang, idea cuma berlegar-legar dalam kepala sahaja. bila setart pegang pensil.. blurrr..
ahad malam dalam kul 11pm.. alhamdulilah, siap gak teks ucapan aku.. apa?! 11 malam?. oit esok nak ucap dah la.. shafiq2,.. ko memang suka wat keje last minute.. apa nak buat idea datang lambat.. sekali cek teks,ini bukan ucapan.. point jer ni.. arghh.. lantak la.. bantai je lar labu....
isnin.. pagi yang segar, bangun lambat, subuh pun lambat, buku tak masuk dalam beg lagi ucapan hari ini.. dup dap... dup dap.. sepanjang perjalanan hati berdegup kencang.. sampai kat sekolah terus chow p hall.. dok belakang hall.. sementara menanti time nak naik pentas bagi ucapan tuhan jela yang tahu debaran di hati aku ni.. tetiba mc umukan... 'sekarang tibalah masa untuk ucapan sempena minggu pengguna'.. aku,. gulp..!
aku melangkah ke rostrume dengan langkah yang sedikit goyang.. sampai kat rostrume, aku pandang bawah.. mak aihh, ramai nyer orang, semua laki plak tu.. mana girls ni?.. owh lupa lak, dorang dok kat ats.. pandang atas, nampak muka mereka, dup!!! terus semangat naik.. ucapan aku mulakan dengan pantun.. dengan penuh yakin aku berpantun dan terus menyampaikan mukadimah,. tetiba semua orang tepuk.. aku dapat rasakan bahawa aku telah memberikan satu permulaan yang bagus.. terus aku berucap dengan penuh semangat tetiba, suara aku berubah.. dush!! semua gelak.. adoi.. slek la pulak suara ni.. aku hanya mampu tersenyum diatas pentas..
sebelum aku mengakhiri ucapan aku, aku nyatakan pendapat aku berkenaan apa yang aku rasakan disekolah ini.. bagi aku, aku perlu bersuara. pendapat2 ini adalah pendapat spontan yang pointnya keluar ketika aku berucap. pertama sekali menyuarakan pendapat aku tentang sistem pendidikan di sekolah ini, kemudian tentang hak mendapatkan pembelajaran yang selesa dan hak alam sekitar..
aku dapat rasakan kelegaan yang maksima selepas habis berucap. yang buat aku terperanjatnya adalah reaksi kawan-kawan dan guru. alhamdulilah, mereka semua mengucapkan tahniah atas persembahan ucapan yang begitu menarik. bukan itu sahaja, aku juga mendapat msg dari adik2 kat asrama yang mengucapkan tahniah.. aku bersyukur aku telah berjaya...
aku tidak akan dapat lupakan pengalaman ini. tarikh tersebut menjadi tarikh pengalaman yang paling akan aku ingat sampai bila-bila.. kini pelajar dari sekolah lain juga mampu berdiri atas kaki sendiri!
0 Komen