minggu fotografi

minggu fotografi agak memenatkan seluruh krew veb tapi boleh dikatakan kami berjaya melakukannya sehingga ke saat-saat akhir.. pelbagai kisa...

minggu fotografi agak memenatkan seluruh krew veb tapi boleh dikatakan kami berjaya melakukannya sehingga ke saat-saat akhir.. pelbagai kisah tercipta dan aku rasa semakin seronok walaupun capek melayan kerenah pelajar.. mana tidaknya, ada yang setiap gambar ada muka dia aje.. sampai cikgu pun naik pening pala. meeting tak nampak pun muka tapi bila bergambar ada pula muka dia.. kami yang tengok gelagat diorang ni, pun geli hati..
bukan itu sahaja, ada juga krew veb yang 'panas' dengan sikap segelintir pelajar. maklumlah kami ini pun pelajar juga, terpaksa inggalkan kelas untuk sesi bergambar ni.jadi apabila jadual fotografi dikeluarkan, ikut sahajalah jadual tu. kan mudah, ini tidak, bila kami dah set up prop nak kena tunggu lagi semua orang, kan dah membazir masa.. betul tak shakyla?? haha..
lebih memeningkan kepala apabila prop dah di set up tapi last2 minute cancel.. adoi... parah btol,.. tapi bila dah berkumpul ramai-ramai ni pun seronok juga. terutama sekali bila semua ada. aku pasti akan mengusik si maha ngan puven.. haha. sejoli dua merpati,.. untuk menghiburkan hati yang panas sejuk ni, kami bersembang, bertukar-tukar pendapat dan bermain teka-teki.. haha.. sesekali bila ingat balik, walaupun penat kelakar juga..
minggu fotografi ini berjaya di habiskan dalam masa dua minggu, bagi aku yang tingkatan enam ni, aku akan lari masuk kelas bila melibatkan subjek penting macam pa.. so, aku akan main kejar2 la.. nasib baik team lain faham..

You Might Also Like

0 Komen