criter kawen...
10:04 PMsetelah sekian lama aku tidak mengupdate blog atas sebab tertentu,.. kini aku kembali untuk mencoretkan sesuatu.. aku mulakan dengan sebuah criter kawen...
2 hb yang lepas keluarga aku menerima seorang ahli baru, maksud aku bukan keluarga en kamaruddin dan pn. shamshiah tetapi keluarga besar Allahyarham Samsuddin dan Aishah iaitu atuk dan nenek aku.. sepupu aku yang paling tua telah berkahwin dengan seorang jejaka daripada simpang renggam johor. sebuah perkahwinan yang sangatlah meriah apatah lagi ia merupakan perkahwinan sulung keluarga kami. tidak ada yang terkecuali dalam pelaksanaan majlis tersebut. setiap tugasan diagih sama rata dan semuanya bekerja keras untuk memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar dan sempurna.. kami bekerjasama bagaikan aur dan tebing. sebenarnya majlis boleh dikatakan bermula semingu lebih awal. tetapi penglibatan aku kurang pada awal kerana sibuk dengan kerja yang asyik bertukar shif,nasib baik along aku ada untuk membantu lebih. tiga hari sebelum majlis bermula kami telah mengadakan satu majlis doa selamat dan tahlil untuk kedua atuk dan nenek yang telah lama pergi menghadap Ilahi. aku datang lambat pada malam itu sebab kerja aku tamat jam 11. tetapi apa boleh buat dalam penat bekerja aku gagahkan diri untuk menghadiri majlis tersebut sekadar orang kata untuk tunjuk muka.. haha. esoknya adalah majlis pernikahan dan lusanya adalah majlis bersanding sebelah keluarga perempuan. majlis pernikahan berlansung di sebuah masjid di kampung tambahan.. biasa2 sahaja.. dan majlis bersanding berlansung dengan meriah. 'jentera' yang diwujudkan untuk membantu majlis kelam kabut kerana orang terlalu ramai.. tetapi kami sekeluarga sangatlah gembira.. bertemakan kuning keemasan, pasangan penganti bagai pinang dibelah dua. dalam kekalutan dan kesibukan melayan tetamu, aku sempat berangan meletakkan diri di tempat sepupu aku bersama bakal pasanganku.. haha. lawak betul.. majlis tamat jam 5ptg dan malam itu pengantin buka hadiah.. itu sahaja..
0 Komen