cerita victoria
9:31 PMmungkin masih terlalu awal untuk aku membuat telahan sendiri,apatah lagi ketika aku baru seminggu di tempat yang baru. tapi apakan daya, apabila mata telah terpandang,aku rasa wajar untuk aku memberikan sedikit komen atau mungkin pandangan peribadi untuk apa yang aku telah nampak dan alami. aku keliru terhadap perangai seseorang yang bagi aku,itu bukan cara untuk mengajar tetapi lebih kepada cara untuk kurang ajar. sesiapa pun engkau, dan apa pun jawatan yang kau sandang,perlu ker, kau menjerit dan terus menjerit semata-mata untuk menyeruh pelajar senyap? kalau pelajar-pelajar mahu senyap tidak menjadi masalah,tetapi mustahil pelajar akan senyap dengan cara teguran sedemikian rupa yang akhirnya aku dapat simpulkan perkara ini menjatuhkan martabat orang yang menegur tadi. memalukan bukan?. mungkin ini merupakan tradisi turun temurun,tapi mungkin juga dendam turun temurun.. tak kisah la,apa- apa pun aku harap orang yang sedemikian rupa akan sedar dan jadi lebih baik. amin...
cerita no2.. bagus juga berada ditempat yang baru ini,bukan sahaja dapat menambahkan kenalan malahan belajar mengenali tempat itu juga. tadi di sekolah kami ada orientasi.. baru minggu ini orientasi setart sebab, pelajar upper six yang handle tgah exam minggu lepas. jadi slot yang pertama pada hari ini adalah tour atau bahasa melayunya adalah sesi melawat sekitar sekolah vi. oklah tu lagipun aku kan budak baru,msih banyak banggunan kat vi tu yang aku tak tahu lagi. kalau aku cerita satu persatu banggunan kat vi tu,sampai bila pun takkan habis kan, jadi aku sebenarnya lebh nak kongsi history beberapa monumen yang ada kat vi tu..
monumen pertama adalah satu palang besi yang menganjur disepanjang laluan sekolah.. menariknya, palang besi biru ini tidak boleh dilangkah, dan kalau dilangkah akan dimarah.. haha. alasannya, kononnya,semasa perang dunia kedua,seluruh pelajar vi ketika itu membuat 'human chain' untuk menghalang tentera jepun daripada memasuki kawasan sekolah, jadi dalam mempertahankan sekolah itu sudah pasti ada yang gugur.. jadi bagi menghayati dan menghormati detik bersejarah itu,palang besi itu pun dibina dan tiada seorang pun yang dibenarkan untuk melangkahnya.. menarikkan?..
monumen yang kedua adalah menara jam dan banggunan E.. dari sudut pandangan atas, baggunan utama vi yang menempatkan bilik pentadbiran dan dewan utama itu adalah berbentuk E. mula-mula aku pun kurang yakin tapi setelah melihat pelan yang diberikan,memang betul ia berbentuk E dan E ini adalah untuk perkataan Education dan beberapa perkataan lain yang tak dinyatakan. selain itu, menara jam yang terletak di banggunan E itu juga tak kurang menariknya.
setelah berjalan dan berjalan sampailah disuatu tempat berdekatan dengan bilik sains dan banggunan budak f4, kata tour guard(haha) yang membawa kami itu asalnya bilik itu adalah tandas. tapi telah ditutup lama tapi tidak dirobohkan kerana disitulah tempat tentera jepun memenggal kepala mangsanya. setelah perang dunia ke2 tamat, tempat itu dijadikan tandas tapi telah ditutup kerana beberapa kejadiaan aneh telah berlaku disitu.. haha.. korang rasa tak apa yang aku rasa?..
itu sahaja lah beberapa tempat yang dapat aku hafal sejarhnya berdasarkan penceritaan semula tour guard kami tadi.. haha. memandangkan segala explaination dia dalam bahasa inggeris,tak banyak yang boleh aku hafal.. bdw, segalanya adalah sejarah apa yang betul dan tak betul tu,.. wallahualam..
0 Komen