lelaki ini..

susah menjadi seorang lelaki ni.. banyak perkara yang patut dan perlu difikirkan.. apatah lagi menjadi seseorang yang menjadi harapan semua....

susah menjadi seorang lelaki ni.. banyak perkara yang patut dan perlu difikirkan.. apatah lagi menjadi seseorang yang menjadi harapan semua.. disaat hati meronta untuk merasai kebahagiaan menyukai dan disukai oleh orang lain setelah kecundang buat kali pertama terpaksa dilupakan dahulu buat seketika.. yea, mungkin ini bukan masa yang sesuai.. sekarang adalah masa untuk membuktikan keupayaan dan merealisasikan cita-cita yang terpendam.. aku hanya mampu berdoa agar diberikan kekuatan jiwa dan ketabahan dalam melayari kehidupan ini.. berusaha sebaik mungkin menjadi seorang hamba yang taat pada suruhan Nya.. berusaha menjadi umat yang terbaik.. berusaha menjadi anak yang soleh.. berusaha menjadi adik yang baik.. berusaha menjadi abang yang baik buat adik aku.. dan berusaha menjadi sahabat,kawan yang baik untuk sahabat2nya.. setelah hampir 6 tahun mengenali erti kematangan,baru aku sedar menjadi lelaki ini bukan lah semudah menganyam tikar mengkuang dibawah perdu pokok rendang malahan lebih payah daripada mengasah sebilah parang yang tumpul... jika ditanya, mengapa hasrat kebahagian itu terpaksa dilupakan buat sementara waktu,.. hanya satu jawapannya.. iaitu,.. aku tak mahu pisang berbuah dua kali..

You Might Also Like

3 Komen