hanya berharga rm3.40..

aku berterima kasih pada mak aku yang kejutkan aku solat subuh pagi semalam,kalu nak harapkan solat sbuh cap gajah aku yang selalunya setart...

aku berterima kasih pada mak aku yang kejutkan aku solat subuh pagi semalam,kalu nak harapkan solat sbuh cap gajah aku yang selalunya setart pukul 7 dan keatas mungkin aku tak akan berpeluang mencoret satu lagi kenangan dalam kanvas idup aku... soalnya,selepas aku solat, aku kepingin benar untuk tidur kembali tetapi aku rasakan tidur selepas solat itu bukanlah sesuatu perkara yang begitu baik, jadi aku on tv dan terpampanglah rancangan mhi,.. mulanya aku tidak mengambil kesa sangat tentang perbualan rancangan tersebut tetapi tertariknya apabila aku terdengar wawancara bersama pelakon teater bangsawan semerah padi,perbualan itu sungguh menarik, dan aku tertanya bilakah pementasan teater tersebut, ngupa2nya pementasan itu berlansung selama tiga hari iaitu bermula semalam(10/4),hari ni(11/4) dan esok(12/4).. wah menarik ni.. aku pun berkira2 untuk pergi melihat pementasan itu kerana aku tahu dimana letaknya panggung bangsawan itu tambahan pula masuk adalah percuma...

pementasan itu setart jam 8.30.. tapi seusai solat maghrib aku terus keluar rumah... dan hujan lebat ketika itu, tapi demi sebuah pementasan aku redah juga dengan berbekalkan sebatang payung.. perjalanan agak lancar sehingga la ke panggung bandaraya. satu perkara yang aku pelik tentang diri aku, entah kenapa aku memnag berminat tentang teater.. walaupun belum pernah menjengah ke istana budaya untuk menyaksikan pementasan yang lebih grand tapi aku selalu juga menyaksikan pementasan teater bangsawan ini.. antara ahli keluarga aku,aku ajak semuanya tetapi mereka geleng kepala dan mengatakan menonton teater ini mengantuk.. hakikatnya menonton teater inilah yang extreme sebab pelakonnya berlakon secara live dan tiadanya sesi cut,cut..

semerah padi menampilkan sebuah cerita disebuah kampung yang bernama semerah padi, secara ringkasnya,cerita ini adalah ala2 cerita yang dilakonkan oleh alahyarham p ramlee termasuk la babak disula.. tetapi diolah sedikit supaya menjadi lebih menarik.. pada aku, ceritanya mengujakan para penonton, babak suspen dan sentimental diselitkan bagi menghidupkan suasana.. aku yang melihatnya pun turut sama meremang bulu roma, malahan tak kurang jika aku katakan bahawa, selesai pementasan ini, aku membawa pulang satu perasaan puas yang amat sangat..

perjalanan pergi adalah rm1.70 begitu juga bagi perjalanan pulang.. totalnya rm3.40.. dan berbekalkan 3.40 malam itu aku berjaya mencoretkan satu lagi kenangan buat diri aku.. dalam diam,banyak yang aku pelajari.. jadi tidak sia2lah aku meredah hujah kerana resultnya, memuaskan hatiku..

You Might Also Like

1 Komen