hak.. oOOo hak.
9:54 PM
'shafiq,doh satu bedge lagi!' jerit si daryl dari make table.. aduh, baru nak rest kan kaki ngan tangan yang sudah hampir 7 jam bekerja tanpa henti.. tapi apa boleh buat.. nasib baik aku dah buat oiling,so,tinggal nak bancuh doh saja la.
'orite' jawab aku pada si daryl..
daryl hanya memerhati aku sahaja dari jauh, dia tahu aku penat tapi hendak buat macam mana,time tu pack hour.. aku tak banyak cakap, terus melaksanakan kerja dengan pantas sebab waktu off aku sudah hampir.. aku buat dengan cepat, lansung tidak pedulikan semuanya, tetiba,..
'shafiq, jap lagi wat regular punya kotak, dah nak abis',arah si rider, aku hanya diam.. lepas tu,
'shafiq penuhkan pepsi chiler',tambah lagi seorang rider. oit!, tangan aku dua jelar..
aku abaikan semuanya,.. daryl menyampuk,
'kesian kau shafiq,semua sebut nama kau sahaja',aku hanya senyum dan diam. aku habis jer buah doh, akak liza, yang jaga kaunter masuk kitchen panggil nama aku, '
shafiq,abang kau datang kat luar,nak jumpa'
aku terkejut, pahal lak abang aku datang ni? terus aku tanggal hair cap,pergi luar,.. haha..
rupanya bukan abang aku la, si hak datang pizza nak jumpa aku. dia nampak jer muka aku, terus dia cakap, woit,cha, cuba tgok hp kau!..
aku pun cek, alamak sorry la brader,3 mis kol ngan 2 msg tak berjawab, nak buat macam mana, kang on hp manager marah.. jap2 aku nak basuh tangan jap..
lepas basuh tangan aku pun keluar, aku tanya hak, aik kata nak balik kg dah pagi tadi? apa cer? pastu dia kata kul 5 la. ouh, aku pun cakap, jap2 aku grooming dlu, aku pun dah off dah ni..
aku masuk balik kitchen amik beg, punch kad, basuh muka pastu kuar ngan hak..
si hak ni memang nak kena la, pagi tadi dia msg aku cakap nak balik pagi tadi, tup2 muncul depan mata. takpe la, atleast dapat jumpa b4 dia balik jb. kebetulan aku ngan dia pun tak makan lagi, so kami lunch kat jj. lama tak jumpa ngan hak, last jumpa awal tahun 08 lepastu lansung tak jumpa2 lagi. banyak perubahan pada dia, makin putih semestinya dan penampilan nampak makin matang. kitaorang lunch sambil bercerita banyak benda.. kawan2 dan arah tuju selepas ini..
selepas makan aku temankan hak p puduraya.. hak nak balik, aku pun temankan la. kebetulan aku pun tak da aktiviti ptg.. dalam perjalanan kami berborak pasal aku jadi ckg tusyen n macam2.. aku ceritakan perkembangan kawan2 aku.. sampai je kat pudu lepak jap kat paltform transnasional b4 kul 5, dalam pukul 4.50 hak dah naik bus, aku tunggu jap, then gerak balik, hak sempat belikan buah tangan tok aku, apala ko ni hak, aku patut bagi ko buah tangan. haha. kami bersalam mungkin buat kali terakhir bagi tempoh 2 atau 3 tahun lagi. aku sempat cakap pada hak, nanti kalau dah sampai seru,kirim2lah kad, dah lama tak makan nasi minyak.. dia hanya tergelak..
kepada hani,farah,nini,didi,tyra,fifie.. hak kem salam..
1 Komen