gagal di matrik.. aku tidak dapat lari dari kecewa!

hari ini aku kecewa sangat-sangat.. yer, mungkin pada awalnya, permohonan aku ke matrik hanya sekadar suka-suka. tapi lama kelamaan suka itu...

hari ini aku kecewa sangat-sangat.. yer, mungkin pada awalnya, permohonan aku ke matrik hanya sekadar suka-suka. tapi lama kelamaan suka itu bertukar menjadi minat dan impian malah, merupakan salah satu daripada jalan untuk aku tuju kearah cita-cita dan impian hidup aku.. sekali lagi,apabila saat aku berfikir semula keputusan yang ditayangkan pada aku, perasaan kecewa dan sedih itu bertambah dan berjaya menyelubungi hati aku terus.. sehingga tiadakan setitik pun naluri gembira.. hari ini semua yang aku buat, mendapat sentuhan kehampaan.. sungguh! sekali lagi, aku gagal melanjutkan pelajaran ke matrikulasi!.. maktab perguruan.. juga sudah hampir terkubur cita-cita hendak ke situ.. ranking pelajar yang hendak ke maktab bertambah setiap tahun menjadikan peluang aku itu semakin kecil.. apa boleh buat, mungkin tiada rezeki. tapi sampai bila aku hendak menyalahkan rezeki. sepatutnya, aku cakap begini,.. inilah rezeki mereka yang tidak cukup berusaha.. tapi betul ker aku tidak cukup berusaha?.. tidak! aku sudah buat yang terbaik.. tapi,.. argh!!.. pening aku..

aku buntu saat rasa kecewa itu datang, nampak sahaja macam ok tapi haha.. biarlah rahsia. kadangkala kesian orang yang menerima senyuman apabila aku tgah kecewa, ternyata sangat2 tidak manis..tapi apa boleh buat, aku juga manusia biasa.. ah,biarlah yang lepas itu berlalu.. nmatrik tidak dapat,..mungkin tempat aku di tempat yang lain.. bukankah, rezeki itu datangnya dari Allah,.. ye, rezeki lagi.. aku panjat doa padmu, yaAllah, berikanlah hambamu ini kekuatan ketabahan hidup didunia ini..

You Might Also Like

2 Komen