kitakan sebuah keluarga...
11:01 PMhari ini pelbagai perasaan terkumpul dan membara di sudut hati kami. terutamanya tentulah fnds.. satu lagi sejarah dan kenangan telah tercipta di atas kanvas kehidupan kami..
hari ini kami telah dipanggil untuk menghandle sedikit slot untuk adik-adik kesayangan kami. tentunya pelajar sbs asrama. mereka cuti pada hari itu, jadi kami diberi peluang untuk memberi sedikit pendekatan kepada mereka. kami tidak sempurna, tapi kami cuba yang terbaik, bukan begitu kawan??...
awalnya,semua bermula daripada kehidupan diasrama. adik-adik ketahuilah bahawa betapa sedihnya kami mendengar segala cerita yang kamu semua cipta diasrama.. buruk dan baik telah kami semua dengar.. sampaikan. bergenang air mata mendengar segala criteria itu.. tapi apa daya, kami tidak berdaya menolong lebih tapi cukuplah apa yang kami buat untuk anda semua berfikir sebentar..
hari itu aktiviti dimulakan dengan mukadimah yang aku sendiri sampaikan.. dush! betapa gemuruhnya aku sampaikan selawat syifa yang hendak aku sampaikan pun terlupa.. mukadimah berjaya di lakukan. selepas sesi pengenalan.. kami berikan mereka kumpulan. mereka diberi kumpulan dalam bentuk bunyi haiwan.. amat menyeronokkan.. suasana menjadi hingar binggar dengan telatah mereka..
selepas itu, mereka terpaksa mengikat kaki dengan tali dan perlu mencari nama ahli kumpulan mereka apabila nama ahli kumpulan mereka kami taburkan dilantai..
aktiviti itu hanya sekadar menguji kerjasama mereka. aktiviti diteruskan dengan gimik budak henry gurney.. untuk menjayakan gimik ini bantuan pelakon pakar terpaksa di gunakan iaitu cikgu wani. memang superb!! sebenarnya kami ingin menyambut adik-adik yang lahir pada bulan 3,tapi nak buat gimik, jadi kami panggil kesemuanya kedepan dan ckgu wani pun start wat gimik. kononnya nama mereka ini telah dipilih dijabatan untuk dihantar ke sekolah henry gurney atas kesalahan disiplin. saat ini semua terkejut.. kami pun terpaksa berpura-pura terkejut la. haha.. bila cikgu dah abis cakap beberapa pelajar perempuan menangis,.. ckg pas mic kat kami dan kami pun pasang la lagu 'selamat hari jadi sahabat'.. then, bila semua dengar jer lagu tu. semua menjerit.. kami pun pergi ke pelajar yang dipanggil kedepan itu.. kami berikan mereka kad birthday..
seterusnya adalah thanks sahabat.. aku pun dapat daripada afiq,afrizal dan ammar..
aktiviti terakhir ini adalah aktiviti istimewa buat semua adik-adik iaitu pemberian warkah daripada kami buat semua.. sesuatu yang diluar jangkaan, mereka semua tunduk dan begitu khusyuk membaca.. muzik iringan di mainkan...
aku taknak ulas panjang berkenaan warkah itu, hakikatnya, mereka semua tahu apa yang hendak kami sampaikan.. akhir sekali aku buat sedikit penutup...
kepada adik-adik yang baca post ini.. yang buruk semua sudah berakhir.. berjanjilah untuk buka buku baru.. sentiasalah ingat.. kami dan kamu lahir di sini....
1 Komen