fraser hill (first day)

aku baru balik dari fraser hill.. memang menyeronokkan.. apatah lagi setelah kepala terbeban dengan pelbagai keputusan dan halangan.. kirany...

aku baru balik dari fraser hill.. memang menyeronokkan.. apatah lagi setelah kepala terbeban dengan pelbagai keputusan dan halangan.. kiranya pergi bercuti la.. walau bagaimanapun tujuan asal aku pergi ke fraser hill adalah menjadi pembantu kepada cikgu syukri.. maksudnya untuk menolong ckg menghandle prog.. sebelum ini aku tidak pernah pun jejakkan kaki aku ke bukit yang ala2 cameron dan genting itu.. itulah pengalaman aku yang pertama, dan ternyata ia amat menyeronokkan..

hari pertama,.. 13 mac 2009..
aku datang keasrama seawal 12 tgh malam (12 mac 2009).. maknanya aku tidur dirumah cikgu asyuk semalam sebelum bertolak ke fraser hill pada keesokkan harinya.. malam itu aku berbincang dengan cikgu asyuk serba sedikit berkenaan dengan tentatif program.. program nya agak menyeronokkan.. keesokkan harinya, aku telah bangun seawal pagi untuk menolong cikgu syukry menyiapkan peralatan untuk dibawa ke fraser hill. bnda pertama yang aku buat adalah menyiapkan surviver beg untuk setiap kumpulan.. disebabkan fifi,didi dan nini datang lambat jadi terpaksalah aku buat nya seorang diri.. nasib baik cuaca pada hari itu mendung selepas hujan,jadi terik matahari tidaklah terasa sangat. tapi berpeluh la juga.. apatah lagi apabila beg2 yang dibeli tidak dapat menampung berat barang yang aku masukkan. pada awalnya beberapa beg telah pecah.. begitu pun, aku berjaya juga menyiapkan kesemua beg.. setelah siap aku masukkan beg2 itu kedalam bonet kereta... beberapa barang tambahan lain, aku letakkan di seat belakang buat sementara waktu sebelum dihantar ke bus pada waktu bertolak.. setelah siap membuat surviver beg aku harus pergi ke pejabat untuk mengambil beberapa keperluan lain.. antaranya adalah kertas mahjung,pen pelbagai warna,kertas A4,cellotape dan surat kebenaran ibu bapa.. setelah siap mengambil barang-barang itu aku letakkan kedalam kotak untuk memudahkan kerja-kerja aktiviti. tugas aku tidak terhenti disitu, disebabkan aku tidak mahu ada barang penting yang tertinggal,jadi aku kumpulkan semua barang yang perlu dibawa disatu tempat.. fuh, agak melelahkan,tetapi aku enjoy.. kerja itu tamat dalam pukul 12.15 tgh hari.. disebabkan aku asyik membuat kerja aku tidak sempat untuk makan sarapan pagi dan tengahari, tapi mana boleh tahan,.. aku lari sekejap ke 711 untuk beli cokelat sebagai penganti tenaga aku yang semakin hilang.. haha.. cadbury lar.. tenaga sudah dipulihkan.. selepas solat jumaat, aku pun bergegas menyalin pakaian.. dijangka akan bertolak dalam pukul 2.30 petang tapi, biasalah pukul 3.20 baru bertolak ke fraser hill.. mana taknya, budak laki lambat sangat.. dah kumpul semua, first aid lak tertinggal,jadi terpaksa lah masuk asrama balik untuk ambil bnda alah tu.. fdns naik kereta cikgu manakala ustaz cikgu zarina ngan puan rozita naik bus.. perjalanan agak lancar pada awalnya tetapi, disebabkan ada insan yang lapar dalam kereta cikgu, kami berhenti di jejantas sungai buluh untuk membeli makanan. kami tong2 tok beli satu bucket kfc.. ouh,.. memang kecoh bila makan kfc dalam kereta.. si ninie jerit nak drumstick.. yang cikgu plak nak makan sambil drive.. aku kena makan slow sebab takot ayam tu terbang.. fifi malan ayam paling lambat n didie, tumpahkan pepsi twist dalam kete. tapi naseb bek tumpah atas seluar dia.. seriusly, keadaan memang kecoh dalm kereta.. sangat2 catchy!! haha.. kami menyanyi sepanjang perjalanan dan bergelak sakan.. tapi takper, junior tak der.. haha. perjalanan diteruskan lagi dengan pelbagai adegan yang mengelikan isi perut kami.. dalam kereta kami diajar satu lagu yang agk special iaitu, lagu 'oh, adikku!'.. perjalanan diteruskan lagi sehinggalah ke kaki bukit fraser hill. dush!!! inilah babak yang paling aku tak tahan.. mana taknya, laluan nak naik atas tu punyalah berliku,... dan resultnya,apabila sampai kt atas, aku muntah dan 4 da fisrt time in my life aku mabuk darat!!!... kami sampai di tempat,pelepasan tok naik ke bunglow kami.. disebabkan ada masa, jadi kami harus lah beratur untuk naik keatas.. sementara menunggu tu kami bahagikan budak2 kepada beberapa kumpulan.. tapi seriusly, memang sejuk sampai aku nak bercakap pun rasa mulut ada ais.. sejukkkk........ setelah itu, kami pun meneruskan perjalanan dalam 8 km lagi.. masa itu jam sudah menunjukkan pukul 7.30 ptg.. kami berjaya untuk sampai ke atas dengan selamat dan aman tapi sebaik nak masuk dalam bunglo, kami dapat tahu bahawa, bus budak2 tu dah sesat.. maknanya dia ikut laluan yang salah.. ntah kemana-mana ntah.. setahu aku, jalan nak naik ke bunglow tu memang sempit, dan disebabkan bus dah salah jalan, mestilah tak boleh nak buat u-turn,betul tak??.. haha.. jadi hasilnya. bus tu kenalah reverse pelan-pelan dan berlakulah adegan.. kiri,kiri,.. kanan,kanan skit,.. kiri lah.. tak tak kanan skit.. dan bum!! bus terlanggar batu.. haha.. stuck kat ctu jer dah 3 jam.. tak tahan nak menunggu, cikgu terpaksa arahkan semua pelajar tok jalan kaki pergi ke bunglow.. cuba bayangkan... bunglow kami atas bukit yang paling tinggi,.. dan mereka semua terpaksa jalan kaki.. ouh.. memang memenatkan. tapi kami yang menunggu dirumah ini sedang menghayati keenakkan nescafe panas.. haha. aku diberitahu, dalam perjalanan mereka bertembung dengan beberapa ekor babi utan sedang bawa anak.. bayangkan lah apabila, budak kl jumpa babi utan.. haha.. aktiviti malam tu terpaksa kami batalkan sebab semua pelajar sampai ke bunglow pkul 11 malam.. bayangkanlah, bertolak pukul 3.20 ptg dan sampai bunglow pukul 11 malam.. apabila mereka sampai sahaja ke bunglow, fdns telah menunjukkan bakat menjadi PR (pembantu rumah) mana taknya, kami tunggu mereka semua kat depan rumah dan tolong servekan makanan tok sumer student.. betapa baiknya kami.. selepas makan mereka kami arahkan pergi ke conference room tok beri sedikit taklimat dan pembahagian bilik.. selepas selesai.. sumer student dibenarkan tidur... haha. hari pertama jer dah ada benda yang berlaku kat dorang.. tapi takper.. itu semuakan pengalaman.. btol tak adik-adik???........

alamak,.. masa tidak mengizinkan aku tok ceritakan lagi la hari keduanya.. takpe2.. jgn risau kita jumpa dilain punya post k.. siap ada gambar lagi..

p/s:erm,. kepada hajar dan afiq asyraf.. korunk tak pelik ker dapat kumpulan yang sama??... haha. sory dik, juz want to make both of u happy..

You Might Also Like

1 Komen