ayat-ayat cinta...
10:46 PMsemalam aku tido lambat, dua hari aku bertungkus lumus tuk habiskan membaca ayat-ayat cinta..
sebuah novel yang kukira amat2 la mengasyikkan.. aku habiskan membaca muka surat terakhir tepat jam 3.10a.m.. bukan tak mengantuk tapi keasyikkan plot novel itu membuatkan aku rasa seakan sayang tok meningalkan walaupun sesaat.. apabila habis membacanya.. aku berfikir.. kalau lah ada manusia yang semulia Fahri didunia ini, pasti dunia masih lagi terpelihara daripada bayangan keangkuhan manusia.. dan kalaulah ada seorang gadis yang sepertinya Aisha aku yakin, seluruh umat manusia pasti akan takjub melihat pengorbanannya.. dan sekali lagi aku terfikir kalaulah ada manusia yang beragama kristian koptik seperti Maria,.. sudah pasti umat manusia didunia ini baik islam mahupun kristian, akan hidup bertunjangkan kedamaian..
tapi sayang seribu kali sayang.. aku cuma berharap kerana itu hanyalah fantasi seorang penulis yang bernama Habiburrahman El Shirazy.. kepada anda semua yang membaca post aku ini,.. sungguh percayalah aku pada kali ini.. kalau kalian sedang mencari sesuatu yang berteraskan 'cinta sejati'.. bacalah ayat-ayat cinta.. ketelusan,kemulusan,pengorbanan,islamiknya , keharmonian sejagat dan cinta sejati semuanya dihurai dan digarap dengan baik dalam sebuah novel ayat-ayat cinta..
0 Komen