mereka itu istimewa..aku hagai sebuah kehidupan yang sempurna..
10:56 PMahad..
hari ini aku mencatat sejarah apabila aku bangun paling awal sekali.. apa tidak nya,hari ini aku bangun dalam pukul 5.30pg.. semata-mata kerana takut terlewat untuk pergi ke pj.. post ini sangat bermakna buat aku.. aku ingin sekali mencoretkan pengalaman aku bersama insan istimewa,kurniaan Allah.. aku dan cik choco dijemput oleh ckg sab tuk join ke program marathon bersama anak-anak sindrom down(kiwanis). aku berterima kasih kepada cikgu sab sebab ajak kami join prog yang sungguh bermakna buat kami ini.. aku bertolak bersama cikchoco di lrt bts diambil oleh cikgu sab,abg izhar dan anak beranak.didalam kereta aku dikenalkan dengn husband ckg sab yang semangnya amat peramah. dan yang paling membuat kan aku tersenyum sepanjang perjalanan adalah kerana geli hati menyaksikan kepetahan anak sulung ckg sab(hasif) yang berceloteh sampai la ke pj.. aku juga dikenalkan dengan anak kedua ckg sab yang sangat istimewa itu.. arif uthmani namanya.. namanya adalah secomel raut wajahnya.. sungguh bukan aku hendak menipu atau mereka cerita tapi wajah arif yang polos dan suci itu begitu membuatkan aku tenteram dan damai..
kami sampi ke pj setelah hampir 30 minit perjalanan.. naseb baik wekend so tak la jem sangat.. sampai sahaja ke pj aku menolong abg izhar mengangkat barang masuk kedalam dewan.. selepas itu aku dengan cik choco ditugaskan untuk menjaga bahagian pendaftaran..aku bersyukur dan berasa sgt seronok ditempatkan dibahagian pendaftaran kerana aku berpeluang untuk melihat keletah si comel yang menghiburkan hati.. walaupun mereka ini tidak dilahirkan sempurna seperti aku dan cik choco aku dapat melihat kesungguhan mereka untuk meneruskan kehidupan ini dan mereka ini bertuah kerana punyai ibu bapa yang begitu menyanyangi mereka.. satu persatu wajah sicomel aku tatap dan aku lemparkan senyuman aku buat mereka kerana aku yakin mereka turut sama tersenyum walaupun ekspresi muka mereka tidak menyatakannya..
semua berjalan dengan lancar dan sempurna.. terhibur melayan kerenah si hasif.. berceloteh tidak henti2.. aktiviti pun selesai lebih kurang pukul 11.30.. abg izhar hantar aku dan cik choco di lrt bandar tun razak.. aku ucapkan terima kasih pada abg izhar dan ckg sab sebab ajak kami untuk join prog ini.. pada hari itu sepanjang perjalanan balik kerumah, aku terfikir jika ditakdirkan aku punyai anak yang senasib dengan adik arif uthmani adakah aku sanggup menjadi setabah dan secekal cikgu sab dan abg izhar?.. adakah aku sanggup mewarnai hidup anakku sebagaimana yang telah dilakukan oleh abg izhar dan ckg sab??.. aku berfiir dan terus berfikir.. dan disaat aku membuka ikatan kasut,.. aku bertekad dan aku berjanji.. kalau aku ditakdirkan punyai anak seperti adik arif uthmani.. aku akan menjadi setabah dan secekal cikgu sab dan abg izhar.. kerana aku yakin mereka itu terlalu istimewa dan sangat istimewa... tidak mungkin akan aku lupakan wajah polos arif uthmani dan keletah hasif...
p/s--- --- buat mereka,... aku hargai kalian..
1 Komen