kenangan : di muzium terengganu
12:37 AMPertama sekali ingin aku beritahu pada semua bahawa kami adalah juara kerana kami sememangnya juara dan sampai bila pun kami tetap juara.. dan ceritanya bermula begini..
arghh.. benar kata bijak pandai kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. ,, dan ternyata kami berjaya memecahkan ruyung tersebut dan menikmati sagu yang enak...
apa hendak dikata, itulah lain kali ingat pesan ibu, biarlah langit dijunjung dan bumi terus dipijak.. aku kesian melihat raut wajah yang dulunya begitu taksub dan seronok dengan kejayaan yang mereka liburkan tetapi, kan aku sudah bilang, kami tetap juara..
kami teruskan perjuangan kami di terengganu untuk ke peringkat kebangsaan. disini yang pasti kami telah buat yang terbaik dan ternyata usaha kami membuahkan kejayaan apabila kami dinobatkan sebagai tempat keempat daripada 14 buah negeri.
apa yang hendak aku beritahu disini adalah hubungan antara aku dan pelajar laki. ternyata hubungan kami semakin akrab dan kami boleh bersatu sebagai adik-beradik dan sepasukan. Aku,hak,fakrool,nik,nasrul dan azree. kami memang juara!! banyak kenangan antara kami semua. hak yang paling kelakar, apa tidaknya sepanjang masa kalau ada masa di terengganu tu,kejernya asyik tida sahaja. aku pun pelik.. haha. mungkin tak cukup tido kot kat asrama felda. haha. si nik,fakrol ngan nasrul pulak memang tidak betah untuk duduk diam. ada saja kerja mereka. sehinggakan apabila habis jer persembahan kami. terus lesap dorang bertiga. tinggallah aku ngan hak jaga barang props. nak ditinggal takut ilang. nak diharap kan pada yang pompuan ..hai.. lebey kurang jer macam biskut.. tapi walau macam mana pun mereka lah yang meghiburkan kami..
pn ruslina terpaksa pulang ke kolumpo sebaik sahaja kami selesai membuat persembahan kerana anaknya sakit.. tinggallah kami bersama pn norhuda..
sedikit bingkisan dari sana..sebelum bertolak..
hak,azree,athirah,fakrool n nasrul..
gambar ini diambil ketika bas yang dinaiki
berhenti sebab tayar pancit..
sempat posing dowh..
haha
berhadapan dengan masjid terapung..
p/s: ini hanyalah sedikit bingkisan.. upload gambar memang nak kena tahan sabar..
tapi takper.. len kali aku akan upload lagi keyh.
0 Komen