kehidupan aku..
12:15 AMhaha.
seronok bila dapat buat blog tapi aku pasti blog aku ni tak la gempak macam sesetengah blog orang lain tapi aku puas.. akhirnya aku dapat membuat blog sendiri..
baiklah!!,.
untuk permulaan ini aku akan ceritakan tentang kehidupan aku..
nama penuh aku adalah Mohamad Shafiq b Kamaruddin. aku merupakan seorang anak lelaki yang dilahirkan dihospital daerah baling,Kedah darul Aman.
Sekarang aku hanyalah menetap di Kuala Lumpur. berasal daripada sebuah keluarga yang sederhana,namun demikian aku bersyukur kerana keluarga aku serba lengkap. Tidak pernah hidup dalam kemelaratan. Aku adalah anak yang kelima daripada enam orang adik beradik.. walau pada dasarnya aku mempunyai dua orang emak. aku tidak malu untuk mengakuinya,. kerana realitinya aku sedar darah yang mengalir dalam tubuh adik beradik ku ini adalah darah yang sama walaupun kami daripada emak yang berlainan..
sesungguhnya aku sekali lagi bersyukur kepada ALLAH kerana dikurniakan kedua ibu bapa yang baik dan semestinya penyayang..
tapi,.. haha. ayah seorang yang garang bila marah..
sampai bila-bila pun aku tetap menjadi anak mereka.
apa lagi yang tertinggal yea?!
yup,.. sesungguhnya aku sudah hampir sepuluh tahun tidak bertemu dengan tiga orang saudara ku.
aku tidak tahu siapa yang patut dipersalahkan dalam hal ini tapi jauh disudut hatiku,aku percaya,.. kami akan dipertemukan juga suatu hari nanti..
Sebelum ini aku seorang pelajar di SMK SERI BINTANG SELATAN dan penghuni di ASRAMA KOMPLEKS SERI BINTANG..
sungguh!!
banyak kenangan yang tercoret disana, aku merindui nya.. saat2 manis ketika bersama kawan-kawan dan bersama adik-adik diasrama..
harap tak lupakan abang yer..
haha.
rindu kamo sumer lawr..
btw,. aku hanya mampu mendoakan mereka yang terbaik sahaja...
cinta?!
pernah mengalaminya suatu ketika dahulu tetapi biasalah hanya kekal sementara tapi yang pasti,.. perpisahan tanpa kemanisan itu sungguh menyakitkan..
dan sekarang,.. itu semua akan diketepikan dahulu..
sikap?!
ramai yang tidak tahu tentang aku.
aku amat serius ketika menjalankan tugas dan amanah yang diberikan..
ketika ini, kawan atau tidak aku terpaksa ketepikan. yang penting,
kewajipan dan amanah aku akan laksanakan.
kemudian,..kembali menjadi lelaki normal dan kawan-kawan adalah segalanya buat aku..
ouh,..erm,..
rasanya setakat ini sahaja kot apa yang perlu aku ceritakan dalam kehidupan aku..
mungkin dilain arena aku akan coretkan lebih lagi..
0 Komen