audrey hepburn..

pernah dengar nama audrey hepburn?! haha. ada yang pernah dgr dan ada yang tidak pernah dengar,.. walau bagaimana pun aku akan bagitau, audr...

pernah dengar nama audrey hepburn?! haha. ada yang pernah dgr dan ada yang tidak pernah dengar,.. walau bagaimana pun aku akan bagitau, audrey hepburn ini merupakan antara wanita tercantik didunia.. atres filem breakfast at tiffany ini juga memegang status antara wanita tercantik didunia sekitar tahun 1960 an.. menarikkan.. lagi menariknya ia berjaya mengalahkan angelina jolie,aishwarya rai dan juga salma hayek.. aku sebenarnya bukan nak cerita sangat tentang kecantikan si audrey ni. tetapi sesuatu yang aku rasa boleh kita sama-sama kongsi dan ambil sebagai satu pegangan idup kita berkaitan dari mana datangnya 'kecantikan' si audrey ni.. sebelum meninggal pada 20 january 1993.. audrey sempat mendedahkan rahsia kecantikannya kepada umum..

antaranya,..

1)supaya bibirmu kelihatan cantik, tuturkanlah kata-kata yang baik..
2)supaya matamu cantik bersinar, lihatlah kebaikan yang ada pada orang lain..
3)supaya bentuk badanmu lansing, kongsilah makanan mu dengan mereka yang lapar..
4)supaya rambutmu lembut mengurai, biarkanlah anak-anak membelai sekali sehari..
5)supaya dirimu sentiasa berkeyakinan, hidupkanlah dengan ilmu dan engkau tidak akan keseorangan..
6)manusia perlu diperbaiki,diperbaharui,dipulih,ditebus dan diselamatkan,.. jangan dipinggirkan..
7)ingat! jika engkau perlu bantuan, engakau akan temui dihujung kedua-dua tanganmu..
8) apabila engkau meningkat tua, engkau akan dapati yang engkau akan mempunyai dua tangan, satu untuk membantu dirimu, dan satu lagi untuk membantu orang lain..

erm,.. menarikkan?! rupanya si audrey ini mempunyai satu kecantikan dalaman juga.. bnda ni aku dapat time aku tingkatan 2.. dan tips kecantikan si audrey ni juga aku tamapl di dinding bilik tidurku,.. bukan apa,.. aku juga mahu mempraktikkannya.. manalah tahu nanti aku pula yang dinobatkan lelaki terkacak didunia.. siapa tahu?!...........

You Might Also Like

0 Komen