aku mencoret
1001 malam..:PRS raya..
12:21 AM tuai padi antara masak,
esok jangan layu-layuan,
intai kami antara nampak,
esok jangan rindu-rinduan...
intai kami antara nampak,
esok jangan rindu-rinduan...
prs raya kembali lagi tapi kelainan tema pada tahun ini amat menerujakan... tema bangsawan.. seperti tradisi kami pelajar tingkatan lima dilayan bagaikan anak raja. kami perlu hadir pada malam itu dengan tema ala bangsawan. namun demikian bagi aku selaku ketua prs, kami berjaya memenuhinya kerana. kami hadir dengan pakaian ala bagsawan. aku dengan pakaian melayu berwarna ijau, bersongkok johor dan bercapal, kukira cukup untuk mempamerkan penampilan bangsawan itu. kawan-kawan yang hadir turut memenuhi tema. sungguh menyeronokkan. ketika inilah aku dapat lihat betapa kami semua berusaha sedaya upaya untuk tidak menghampakan adik-adik kami yang telah bertungkus lumus meyediakan pelbagai persiapan dari a hingga z..
aku datang daripada asrama bersama nini,didi dan fifi. argh.. mereka sungguh mempesonakan. haha. aku akui bukan mereka sahaja tetapi kawan-kawan aku yang lain turut mempesonakan. masing-masing melaram dengan baju yang amat cantik. detik awalnya kami disambut dengan tarian melayu oleh adik-adik kami. sungguh tidak sangka selain jumpstyle dan shuffle adik-adik lelaki ku pandai juga menari. terima kasih atas tarian itu..
bukan itu sahaja, kami juga turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan pelbagai lagi. makanna yang disediakan juga amat sedap sekali. walaupun dengan tema bangsawan tetapi suasana hari raya turut terasa.. malam itu aku aku telah dinobatkan sebagai putera prs dan busana tradisional yang paling menarik.. persoalannya layakkah aku?! haha.
keluarga kami..
tyra wang,putri & hafizah.. mereka lawa..
bersedia untuk bergambar.. inilah kami..
shikin,montel & salam..
majlis pada malam itu berakhir dengan suasana yang sungguh meriah. disesi akhir kami bersama-sama mengemas peralatan dan memulangkan semua alatan yang kami pinjam. aku turut membantu,meringankan beban mereka.. sesi fotografi ternyata berjaya mengamatkan majlis disiri akhirnya... sesungguhnya malam itu terbukti,kami masih satu keluarga..
aku datang daripada asrama bersama nini,didi dan fifi. argh.. mereka sungguh mempesonakan. haha. aku akui bukan mereka sahaja tetapi kawan-kawan aku yang lain turut mempesonakan. masing-masing melaram dengan baju yang amat cantik. detik awalnya kami disambut dengan tarian melayu oleh adik-adik kami. sungguh tidak sangka selain jumpstyle dan shuffle adik-adik lelaki ku pandai juga menari. terima kasih atas tarian itu..
bukan itu sahaja, kami juga turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan pelbagai lagi. makanna yang disediakan juga amat sedap sekali. walaupun dengan tema bangsawan tetapi suasana hari raya turut terasa.. malam itu aku aku telah dinobatkan sebagai putera prs dan busana tradisional yang paling menarik.. persoalannya layakkah aku?! haha.




majlis pada malam itu berakhir dengan suasana yang sungguh meriah. disesi akhir kami bersama-sama mengemas peralatan dan memulangkan semua alatan yang kami pinjam. aku turut membantu,meringankan beban mereka.. sesi fotografi ternyata berjaya mengamatkan majlis disiri akhirnya... sesungguhnya malam itu terbukti,kami masih satu keluarga..
sebenarnya masih banyak lagi gambar yang ingin aku upload tapi paham2 je la kan.. lambat gler.. haha.kepada semua prs tiada kata lain yang dapat aku ucap melainkan semoga kalian semua berjaya dalam apa jua bidang yang kalian ceburi. manfat kan lah masa yang ada bersama itu sebaik mungkin kerana yang pasti masa tidak akan berulang kembali.. insya Allah selagi hayat masih dikandung badan, selagi aku terus bernafas, doa aku sentiasa mengiringi kalian..
0 Komen