alhamdullilah.. rezeki ALLAH..
2:09 AMhidup ini kadangkala kita tidak boleh terlalu memilih. apatah lagi jika sudah tersurat kita bukan dari golongan yang berada. tuntutan hidup memaksa aku untuk membuang jauh perasaan ingin bermanja dengan katil, tilam, bantal dan sebagainya. sebaliknya, aku terpaksa bangun seawal jam 5.30pg untuk memulakan rutin harian ku yang dipenuhi dengan pelbagai tawaran kerja. aku bersyukur kepada hadrat Allah yang tidak putus-putus memberikan aku rezeki. benar kata orang asal kita rajin, seluruh pintu rezeki akan terbuka buat kita.. aku tidak nafikan kadangkala juga penat begitu menguasai diri, apatah lagi rutin kerja yang tidak tentu masa dan jam membuatkan aku rasa lemah dan sakit-sakit sendi. apapun aku perlu cekalkan diri serta tabahkan hati meneruskan apa yang telah diberikan kepada aku..
bukan ingin merungut jauh sekali mahu meminta simpati pada yang membaca. namun tidak salah jika aku terus mencoretkan apa yang terbuku didalam hati ini selagi ianya tidak mendatangkan masalah kepada orang lain. aku sendiri hairan, dari mana aku mendapat kekuatan untuk menghadapi ini semua pun aku tidak tahu. tapi satu sahaja yang aku tahu. di saat ini, ibu bapa memerlukan aku. malah sudah tiba masanya untuk aku membalas jasa mereka serta meringankan beban mereka. penat, lelah biar aku sahaja yang simpan buat kenangan diri sendiri.
kadangkala juga,.. ah! hidup ini terlalu banyak dengan kadangkala.. ramai yang berkata padaku, bahawa apa yang aku buat sekarang ini(bekerja) tidak berbaloi dengan apa yang dapat. aku pekakkan telinga sahaja melainkan kalau mereka boleh menyara aku sekeluarga.. baru aku senang untuk tidak pekakkan telinga.. aku tidak peduli malah aku tidak lansung ambil pusing, bagi aku selain dari apa yang aku dapat(gaji).. aku dapat satu benda yang mereka tidak dapat.. iaitu pengalaman.. itu yang paling berharga..
semua ini semakin mematangkan aku.. kalau dahulu hidup hanya di kelilingi oleh puing puing fantasi yang entah apa-apa.. kini aku lebih banyak memikirkan untuk memajukan diri sendiri, membuang jauh segala angan-angan mat jenin dan yang paling penting membuang jauh perasaan memiliki dan dimiliki! bagi aku ini bukan masa untuk bercinta.. apatah lagi hidup masih ditanggung oleh mak dan ayah. lain lah kalau sudah ada kereta, rumah, dan ekonomi yang stabil. hah dat time baru aku akan memikirkan semua itu.
disebabkan lama tidak mengupdated blog dikesempatan ini aku nak ucapkan happy belated birthday kepada seorang sahabat iaitu zaza zahar.. dia ni selalu nak cari pasal dengan aku tapi sebenarnya dia lah penolong kadet polis yang boleh diharap! thanks zaza, semoga Allah sentiasa merahmati kau.. bdw, aku suka gambar ko dengan hani dalam blog dia.. kau manis sangat bertudung..!
ops!! dekesempatan ini aku juga nak memohon maaf kepada fnd dan cikgu asyuk coz tak dapat join date khamis ini.. bukan saja2 taknak pergi tapi bos telefon suruh pergi kerja!!.. sorry guys.. harap tak nyusahkan korang n have a nice day!! -aku tau nini akan baca this post, so harap kau faham t tolong explain kat yang lain yer..-
-itu sahaja-
2 Komen